Sunday, 15 February 2015

Review: GUDANG KUBUR

Hari ni aku nak buat review on Gudang Kubur. Lama gile tak tengok movie. last movie yang aku tengok, filem Penanggal, ummi nazira, fasha sandha, azri iskandar n zul ariffin yang sangatla bapak ensem dengan muka arab beliau dalam filem tersebut. oh, aku memang selalunya tengok movie horror. sekali je aku tengok movie kartun despicable me 2. muhehehehe!

Las week aku g kl. seperti biasa, aku jumpa masyi, n kali ni kami g shah alam. sambil2 tunggu muma habis mengajar, kami tengok wayang kat Setia City Mall. masa tu, takde movie bes. yang ada, movie tamil. memang takla aku nak tengokkan. so, kami pilih untuk tengok movie Gudang Kubur. Pelakon2 si Nora Danish, Faizal Hussein n adala muka2 baru yang aku pun tak kenal sapa. Movie start pukul 5.50 p.m. Yang tak leh blah, penonton hanyalah 9 orang je n penonton yang paling bising of kos la aku. Terlalu banyak yang aku nak review pasal filem ni. hew hew hew.

1) Permulaan filem ni sangatlah lembab. membosankan. tak tau arah tuju. mula2 filem tu fokus pasal pembukaan gudang oleh Faizal Hussein (Anwar) n Nora Danish (Zarra). tetiba filem fokus kat 2 orang pelakon baru yang lakonan derang, eiuuuwwwww... geli geleman tekak aku. Pengarah mungkin nak menggambarkan watak tersebut sebagai seorang lelaki romantik, perempuan yang manja, tapi sebagai penonton aku rasa macam pasangan tersebut sangatlah annoying dan mengganggu emosi aku sebagai pembayar tiket bernilai rm10.aku siap doa, "janganla Kau temukan dengan lelaki sebegini ya Allah... annoying ya rabbi...". Aku tak nampak apa hubung kait watak Melati n lelaki tersebut, dengan Anwar n Zarra. Dari start cite sampai habis, aku terfikir, apa dosa Anwar n Zarra kat derang tu. derang saling kenal mengenalike? n of kos, aku x sangka plak sebenarnya Melati n suami dia tu dah mati. flashback rupanya.

2) Banyak scene yang tak sesuai untuk tatapan umum n aku bernasib baik sebab tak g menonton dengan kaum adam. orang lain yang datang dengan boifren tu aku tak taula apa perasaan deme. aku rasa tak payah kot adegan cium2 dahi tu. kot ye pun hepi sangat bini mengandung, ingatla, itu lakonan je. tak yahla cium betol2. si Zarra cium dahi Anwar. weuuuuuuuuuuuuuu... yang Melati cium dahi laki tu...erkkkkkkkkkkkk... korang dah kenapa??? menurut kawan aku yang dah mendirikan rumah tangga, takde makna suami dia nak buat gitu bila dia cakap dia preknen. satu lagi adegan yang selalunya kelihatan di dalam filem indonesia, adegan 18sx. ok fine, dia nak menggambarkan Melati kena rape. tapi tak payahla sampai tunjuk adegan ala2 penetration sedang berlaku. maaf, aku bukan nak berlucah di sini. tapi itula cite tersebut. Muka aku dah tebal masa tu. malunyeee...

3) Juga adegan si wakil bank yang datang nak suruh kosongkan rumah sebab nak lelong rumah tersebut. suke2 ati kau. court ordernye mane??? adake depends on Notis Tuntutan lawyer??? inilah natijah kalau tengok cite yang berkaitan dengan bidang keje sendiri. dahla wakil bank tu kerek gile. emo. lagi dasat emo dari gabenor bank negara.dahla datang umah orang macam tu. n perluke tetiba wakil bank tu g rape si Melati tu. ko ni wakil bank mana ha? mencemarkan intergriti orang je. lepas tu boleh plak takde wakil mahkamah, datang sorang2, si wakil bank ni arah orang sodok umah tu. sebenarnya si Melati tu hutang dengan bank ke hutang dengan ko? emo terlebih. sila pastikan wakil yang anda anta bebas dari virus gile sex okeh.

4) Aku still x nampak apehal yang si Melati ni nak dendam dengan si Anwar n Zarra. Adala scene si Melati ni peluk mayat husben dia. oh lupa nak mention, husben Melati meninggal sebab eksiden. yag aku hairan bin pelik bin ajaib nye, xde sapa pun yang tolong uruskan. boleh plak pihak hospital lepas macam tu. bila si Melati cakap "takpe, saya uruskan sendiri" heh??? ko nak korek kubur sendirike??? dahle masa polis datang maklumkan husben dia meninggal eksiden, dia punya nanges tu aku tak tau tangisan kegembiraan atau kesedihan. sampai aku tanya kawan aku "dia ni nanges sendih ke nanges hepi???". masa husben Melati meninggal, perut Melati tak nampak lagi. Melati tak kebumikan mayat suami dia. dah macam gile meroyan pun ada. yang aku kagum, walaupun perut Melati dah nampak baby bumps, mayat suami dia tetap tak reput. masih utuh. kulit je gelupas. helloooo directorrr... logikla sikit...

5) Bila si wakil bank yang emo terlebih ni g sodok umah Melati, Melati peluk mayat husben dia n cakap "Melati bersumpah, takde sesapa boleh amek tanah cinta kita." banyakla ko. hutang kot. tanah cinta celah mana???bayorla hutang tu kot ye pun. hutang wajib dibayar walau tak dituntut. kat sini, aku rasa si Melati ni dah tersalah balas dendam. patotnya dia balas dendam kat si wakil bank yang emo tu. sebab beliaula yang gi rape n runtuhkan umah dia. kenapa plak Zarra n Anwar yang kena???

6) Kesimpulan, Nora Danish punya acting, thumbs down. tak bes. mengada2. Faizal Hussein, x sesuai kot dengan Nora. yang pelakon baru tu, Melati n husben dia, lakonan out. geli tekak aku. biasala mesti ada watak slapstik. bolelaaa... at lis buat jugak aku gelak. hantu dalam cite ni tak menyeramkan langsung. lawa kot dress dia. aku penah jumpe langsuir kat luar. alam realiti. xde pun beliau pakai dress. plus beliau tak berjalan. beliau mencangkung je. untuk kakak langsuir tu, baju dia memang real baju hantu. aku bagi 5 bintanggg. baju antu dalam filem ni, hmmm... sila koyak2 sikit untuk bagi impak kehantuan di situ. dahle jalan g sana g sini.

7) ini adalah filem pertama yang aku tengok dengan mulut bising pot pet pot pet. bukan aku sorang je, aku rasa satu cinema tu kot. dahle 9 orang je yang tengok. dah macam tengok kat tapak cinta aku je. bole???bak kata kawan aku, ko xbayar hutang, orang sodok, ko pun sumpah. haaa... nampak tak nampak tak??? habisla kalo orang ramai amek moral sebegitu. maka berhantu habesla rumah lelong sume. prosedure law tak ikot betol2. main taram je. sebelum start cite, ada teaser movie baru, poltergeist. walopon teaser dalam 4 minit gitu, teaser tu lagi seram dari Gudang Kubur ni. aku tak nak bagi bintang. sedih je aku rasa nak bagi. aku just nak cakap, aku xkan repeat tengok movie ni dah. ini movie horror yang paling tak horror pernah aku tonton. sekian. ok bai!




~saya makcik isha~