Tuesday, 16 December 2014

Datang Pada Waktunya ~review~

u r looking for a true love? will u still love him/ her if u know dat she/ he is not exist? she/ he is only a soul? an imagination? n u maybe her/ his next victim? will u be in tears if u know dat u r only being tested? n if u failed, u will disappear or die? tis is my next review.


seperti biasa, aku tetap pilih novel by Maria Kajiwa. Kali ni, naskah Datang Pada Waktunya. Aku dah baca banyak kali, dan setiap kali baca, tiap kali tu la aku 'banjir'. Orang yang anda cinta sebenarnya dah mati. datang hanya untuk menguji. pulak tu, hero dalam cite ni, Edri tak pernah jatuh cinta. Novel ni berkisah tentang pembinaan sebuah jambatan di sebuah kampung. Yang menjadi misteri, setiap pegawai kerajaan yang dihantar kat situ akan hilang tanpa dapat dikesan. Sampaila giliran Edri, yang mana dia diugut dengan tindakan akan dipecat sekiranya dia tak nak pergi uruskan untuk dapatkan persetujuan semua penduduk kampung bagi memastikan jambatan tersebut dapat dibina. Malang bagi Edri, sebab ketua dia ni tak bagitau apa yang dah jadi dengan pegawai2 sebelum ni yang pergi uruskan hal tu. Dah tu, siap kena ugut untuk dipecat kalau dia xnak buat. Maka, Edri xde pilihan, dia pilih untuk pergi. Nasib baik ada kawan dia, Adam yang teman.


Kisah bermula bila Edri dan Adam termasuk kat kawasan 'hitam' tu yang menyebabkan derang termasuk ke dunia era 60an. Berjumpa dengan 2 orang gadis kampung, Saleha dan Murni. Sepanjang Edri dan Adam kat kampung tu, derang asyik kena serang dengan tujahan balingan batu dari salah seorang pegawai yang berjaya melarikan diri, tapi terpaksa bersembunyi di dalam sebuah masjid lama yang jauhhhh dalam hutan.tujuan pegawai tu hanya untuk menyelamatkan derang, tapi derang x faham. hinggalah satu ketika, Edri jatuh cinta dengan Saleha. Walaupun suasana sangat pelik sebab semua sangat ortodox sebab keadaan kampung tu sangat mundur (yela, tahun 60 an kot) tapi itu tak menghalang Edri dari terus menanam hasrat nak pinang Saleha. Bagi Adam, Edri macam xde taste. Adam sifatkan Saleha gadis kampung yang budus, sebab perkataan OK pun Saleha tak faham maksudnya. tapi bagi Edri, asal Saleha pandai jaga makan pakai dia, itu lebih dari cukup. Masa tu Edri rasa dia dah ada teman hidup sampai mati. Jiwa pun bunga-bunga. Biasala, kalau ada protagonis, harusla ada antagonis. Antagonis cite ni, si Hassan yang memang nak gile2 kat Saleha. So banyak kalila dia cari pasal dengan Edri.  Las sekali, Edri berjaya dapatkan persetujuan semua penduduk kampung untuk bina jambatan. Masa ni, pegawai yang duk baling batu kat Edri berjaya tarik Edri untuk kejar dia sampai dalam masjid kat dalam hutan tu. Hanya kat situ je yang penduduk kampung tak berani masuk. Sampai kat situ, pecahlah rahsia. Edri pengsan. Masa pengsan tu, dia nampak Saleha kejar sorang lelaki nama Rahman menuju ke satu sungai. Saleha nangis2 n merayu2 laki tu supaya tidak tinggalkan dia. Nak2 lagi, Saleha cakap "aku sekuntum mawar yang sudah pudar warnanya" (paham2 sendirila). Rahman dengan takde hati perut cakap dia tak pernah sayangkan Saleha. yang dia nak cuma pastikan jambatan tu terbina. Saleha terjun dalam sungai sebab nak kejar Rahman. Masa tu hujan ribut, n satu kampung kejar derang. zaman dulukan kalo ada onar, memang siapla. habisla kau. lebih kurang gitu. Saleha berjaya diselamatkan, tapi Saleha meninggal. Sebelum meninggal, Saleha bersumpah orang yang datang bina jambatan kat situ takkan selamat. Masa tu Edri rasa sangatttttt sedih. Dia ingatkan dia dah ada penyeri hidup, tapi rupanya dia masih seorang Edri yang hidup berseorangan. Time ni memang aku pun rasa sedih untuk Edri. Pegawai tu bagitau, dia terlanjur dengan Saleha. Dia takde pilihan lain, dia terpaksa sembunyi kat masjid daripada terjun dalam sungai. Dipendekkan cerita, Edri cari jalan macamana nak lepaskan diri dari kawasan sumpahan tu. n dia bertindakmacam tak tau apa2. berhadapan dengan penduduk kampung yang sebenarnya hantu. Masa tu Hassan nak tunjuk hero sebab ada orang bagitau dia, Edri buat benda tak baik dengan Saleha. Tapi dia salah info. So keadaan kecoh, n dia berjaya tangkap Edri n Adam. Edri sedar, masa tu dia kena buat sesuatu supaya cerita tak sama dengan pegawai2 yang lain. dia tak pilih untuk terjun sungai, sebab pegawai yang dia jumpa dah pesan, jangan ikut sungai. Kalau ikut sungai, Edri mungkin mati sebab masa tu air sungai tengah pasang.

Lepas tu terbongkarla, bukan Edri yang bermukah dengan Saleha, tapi Adam dengan Murni. Masa tu, Saleha dah makan penampar beberapa das dengan bapak dia. Bapak dia ketua kampung kat situ. tak pasal2. masa tu Edri rasa kecewaaaa sangat dengan Adam. kasanova, biasalaaa. Edri tau cerita dah 100% tukar. so dia cari jalan nak selamatkan derang. tapi Adam ni, x sabar. sudahla kasanova, budus pule. Edri suruh Adam kawen dengan Murni. Adam ingatkan Edri nak selamatkan diri sendiri. So dia pun maki2 Edri. tapi sebenarnya, Edri bertindak untuk mengahwini Saleha. baru betul kawan sejati. u jump i jump. Akhirnya, sumpahan tu berjaya dihapuskan. Edri n Adam selamat, n jambatan tersebut berjaya dibina. Tapi hati Edri retak seribu. Hati dia jadi galau. Saleha cinta pertama dia. Tapi kalau dah sampai masa, inshaaALLAH akan ada. sebab tu kot tajuk dia Datang Pada Waktunya. Memang sedih ending dia, tapi aku tak reti nak buat orang sedih dengan ayat aku. huhuhu...


Dalam novel ni, Edri digambarkan sebagai seorang lelaki yang tak ensem. Tapi berbudi bahasa. tinggi adab sopan walaupun dibesarkan di bandar. Bukan kaki perempuan, tapi sangat workaholic. Jujur dengan kerja dia, dan tak mempermainkan hati perempuan. Dia memang sangat sayangkan Saleha. Bagi aku, aku suka karakter Edri. Walaupun dia tak ensem, tapi budi bahasa dia menutup semua benda tu. Lagipun, rupa paras x kekal. bila tua, kerepot jua adanya. Novel ni banyak ajar aku erti jujur, amanah, hormat menghormati, sabar. Kat sini jugak aku tau kewujudan kuih lemang tepung n aku teringinnnn sangat nak rasa. XD.


Aku bagi 5 bintang untuk novel ni. Naskah yang tak jemu untuk dibaca walaupun dah banyak kali aku repeat baca. Untuk yang belum baca, bacala. tak rugi pun. Selamat masuk ke alam misteri zaman 60an~



~sayamakcikisha~

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.