Monday, 15 December 2014

the new pace 1st entry PUJA~

assalamualaikum!selamat tengahari!hola!

tis is my new pace. series x leh duk sehari kalau x menulis. habis sume benda aku conteng. jadi sebelum aku conteng lagi, aku bukakla tempat khas untuk aku menconteng. well, aku memang suka menulis. so aku akan menulis bila aku rasa aku nak menulis. sekarang ni aku tengah ada mood nak menulis, maka bertabahlah korang baca. kalo korang nak bacala. haha!

ok, seperti dalam blog aku sebelum ni, mostly aku tulis pasal apa yang aku buat, buku apa aku baca, kat mana aku berjalan, apa aku makan. soooo the list will be the same. aku tak nak buat blog aku jadi medan tempat aku nak maki hamun. mak aku cakap dosa maki orang. so, sebagai seorang yang dibesarkan dengan adab sopan, harusla perkataan berlapik.

ok, apa benda yang aku nak tulis untuk entry ni? my 1st entry. hmmm... aku beli novel. hari tu aku rasa boooosannnnnn sesangat. tetiba aku rasa nak membaca. so aku pun g la kat kedai buku dekat dengan umah aku. seperti biasa, novel aku harusla yang thriller. aku pun masukla kedai tu. 1st book yang tarik perhatian aku, PUJA by Maria Kajiwa. ok, aku memang peminat Maria Kajiwa. almost novel yang aku baca, memang x menghampakan. so, x cakap banyak, aku rembat satu. so this is my review.



novel ni berkisah pada penceritaan yang bermula 400 tahun yang lalu, kisah yang bermula apabila 7 bersaudara lelaki lari dari tempat tinggal derang, n mencari satu penempatan yang baru. derang jumpa satu kawasan yang sangat sesuai, tapi derang tak sedar tempat tu berpenunggu. salah seorang dari 7 bersaudara tu tau tempat tu berpenunggu dan menuntut 3 korban untuk memastikan keadaan mereka terjaga tanpa ada gangguan. sehinggalah salah seorang daripada mereka hilang tapi takde sapa tahu mana dia pegi kecuali Alang, yang kebetulan ternampak Waki tengah puja mayat Garang n 2 orang anak Garang kat dalam satu gua. Kepala derang kena penggal n dipacakkan pada lembing, manakala bahagian badan dicampak masuk ke dalam sebuah lubang untuk jadi makanan puaka tersebut. Perjanjian dengan puaka dah dimeterai. Alang sangat menentang tindakan Waki, tapi Alang seorang yang sangat menyimpan rahsia. walaupun Alang n Waki dah tak sependapat, tapi Alang tak pecahkan rahsia Waki, sampailah satu tahap, Waki meninggal n semua penduduk tak percaya cerita Alang. pendek kata, too late nak bagitau cite sebenar tentang kehilangan Garang.

cite ni terus lompat ke tahun 2014, yang mana, seorang lelaki bernama Jimmy, iaitu gangster kat KL terpanggil untuk balik ke kampung lepas 15 tahun melarikan diri dari kampung sebab merajuk dengan ayah dia. tu pun sebab dia tau ayah dia dah meninggal. Jimmy ni sebenarnya keturunan Alang. Sebenarnya, ada cabaran besar tunggu dia kat kampung, sebab keluarga dia, adalah sasaran seterusnya untuk dijadikan korban kepada puaka tersebut yang menuntut korban bagi perlantikan ketua kampung yang baru. ketua kampung yang dilantik selalunya akan dilimpahi dengan kekayaan yang tak munasabah. sebab tu bapak sedara bakal ketua kampung yang baru ni excited sangat bila anak sedara dia terpilih sebagai ketua kampung yang baru. tapi dia tak sedar, dengan terlantiknya anak sedara dia, 3 nyawa melayang. bagi dia, orang kampung sume jeles dengan anak sedara dia. what the fish sangat.satu kampung kena kacau dengan puaka tersebut, yang mana derang kena kacau dengan gangguan jelmaan lelaki tidak berwajah, yang wajah dia penuh dengan ulat2 n nanah, n jugak jelmaan korban2 yang lepas, takde kepala n berjalan merayau2 keliling kampung. Keadaaan makin teruk, jelmaan lelaki tak berwajah tu muncul tak kira masa, bila hari perlantikan ketua kampung semakin dekat. Jimmy susah nak terima hakikat tentang perkara tu, dan cuba nak bawak keluarga dia keluar dari situ. tapi adik jimmy tak setuju. bagi dia, sebagai anak jantan, dia akan lawan puaka tu. jimmy las2 akur, n setuju untuk lawan puaka tu, tapi keadaan makin teruk bila mak dengan adik perempuan jimmy kena culik. tapi upacara pemujaan tak dapat dijalankan selagi tak cukup 3 orang, sebab derang gagal culik johan. tetiba, johan berjaya diculik, haaa time ni memang konflik. nak tau derang selamatke tak? apa jadi dengan keluarga jimmy? bacala sendiri.


out of 5 stars, aku bagi 4 1/2. aku pulun baca satu malam sampai habis. pukul 3 pagi baru tido. zaman sekarang pun ada jugak perjanjian 'puaka'. iaitu pinjaman dengan pihak bank. yang mana, pengorbanan berbentuk wang diperlukan tetiap bulan. kalo tak bayor, see u in court. wawawa! okla korang, nak sambung keje. masa rehat dah habis. jumpa lagi next entry! tata!


~sayamakcikisha~


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.