kalau boleh aku tak nak tulis tentang rasa hati aku kat mana-mana medium. kononnya aku boleh tanggung, simpan dalam hati macam hati aku takde rasa nak memuntahkan balik semua yang aku simpan. kadang-kadang aku fikir, aku mampu hadap semua. agaknya aku lupa, aku bukan power rangers berskirt pink berhelmet pink. kadang-kadang aku degil bila tidak mahu berkongsi dengan sapa-sapa. lagaknya macam aku mampu menasihati diri sendiri menggunakan akal minda yang takdela sebrilliant mana.
tapi sudah namanya kudrat seorang manusia. apatah lagi manusia yang selalu disakiti macam aku. nampak kebal, tapi takdela sekebal mana. nampak hepi tapi dalam hati Tuhan je yang tahu. sekali lagi aku gagal. sekali lagi aku kalah dengan medan air mata. walaupun tidak seteruk banjir bulan Disember 2014, tapi aku rasa lelah dengan segala yang datang.
susah jadi orang yang ada deria rasa keenam. goosebumps bertalu-talu. selagi aku tak dapat jawapan atas semua soalan, selagi tu goosebumps tu akan keluar. macam bom jangka. tapi bila dah tau, kapishhhhhhh. its either leaving me alive or dead. yang mana dalam kes sekarang, mayb i was dead. huhuhu...
silapnya aku? aku mudah percaya orang. husnuzzhon kuat sangat. pantang orang buat baik sikit. sekali orang bagi reminder, jangan mudah percaya orang, time tu jela aku ingat. lepas tu lagha balik. salahnya aku? aku mudah biarkan orang kawal diri aku. walaupun dah berkali-kali jatuh atas kesilapan mempercayai manusia. bukan sekali, bukan dua kali. hehe... setiap yang datangnya baik pada aku, aku layan berganda baik, walaupun kat belakang, duri2 mencacak tunggu masa nak tikam aku. sekali lagi aku tertikam, or ditikam maybe, sakitnya Tuhan je yang tahu.
teruskan menipu aku, kalau terasa aku mudah ditipu. sebenarnya tidak.rasa syak ada dalam diri, tapi aku takde basis nak terjah. tapi bila segala yang berselirat dalam kepala dah temui pangkalan jawapan, terima kasih aku ucapkan. jangan datang depan mata aku lagi. mendengar nama pun aku tak sudi. apatah lagi tengok muka. sampai begitu rasa dalam hati, senang je maksudnya. kamu dah mati dalam diri aku. titik.
~saya makcik isha~
Monday, 23 March 2015
Tuesday, 17 March 2015
REVIEW ~MEREMANG~
Holla! dah bersawang spiderman dah blog aku. kesiannn.. tuan xde mase nak update. ok, ari ni sambil2 menyejukkan diri bawah ekon, aku nak share pasal novel terbaru yang aku beli las thursday. as usual, of kosla novel thriller. ekceli aku nak cari novel kala senja dia datang, tapo sume book store takde stok. so aku grab ajo yang mana ada, n pilihan aku kali ni, ---> MEREMANG.
ok, review aku untuk novel ni seperti berikut. cite berkisah dengan seorang gadis yang kematian tunang 2 minggu sebelum majls perkahwinan. Zamia Izaiqa n Mohd Azriq. Mohd Azriq meninggal dilanggar lori. Zamia ada abang, Danish Faqhim yang mana derang sepatutnya kawen pada tarikh yang sama. Danish berkahwin dengan Ain Shakinah. Ain Shakinah ni macam ada 6 sense. dah macam car sensor, sebab dia boleh kesan kehadiran makhluk halus kat mana-mana. Untuk mengubat hati yang lara, which is aku admit aku termenangis jugak sebab terlampau menjiwai kesedihan Zamia yang kehilangan tunang, Zamia bawak diri ke banglo biru kat Terengganu. Dekat belakang banglo biru tersebut, ada sebatang pokok yang sangat2 besar mengikut imaginasi penulis n of kos, haunted. Cerita ini ditambah dengan elemen kesuspenan dengan kedatangan seorang nenek Mak Tam. aku dari awal dah agak makcik ni something wrong somewhere sebab dia hanya akan datang kalau Zamia sesorang. Mak Tam cakap, dia mak kepada Izrim, kawan kepada Danish yang ada hati dekat Zamia. Nak tau kesudahan macamana? Carilah kat kedai buku, sementara rebate masih ada. hihi!
Overall, first time aku baca novel antu n lepas baca aku berselubung tak berani tengok tingkap. sangat2 suspen n memang meremang bulu roma aku. masa aku tengah baca novel tu, tetiba hp aku bunyik n aku siap terlompat sebab terkejut. dengan lagu burung kakak tua, bunyi benda diseret, nama yang diseru, jelmaan kat tingkap, kepala yang muncul kat pintu bilik, mimpi tunang datang dengan muka buruk, aku rasa novel ni memang melengkapkan almari novel thriller aku. kiranya, tak rugila aku beli novel ni. so to all novel thriller's collector, come n grab one! no regrets!
~sayamakcikisha~

Subscribe to:
Posts (Atom)