kalau boleh aku tak nak tulis tentang rasa hati aku kat mana-mana medium. kononnya aku boleh tanggung, simpan dalam hati macam hati aku takde rasa nak memuntahkan balik semua yang aku simpan. kadang-kadang aku fikir, aku mampu hadap semua. agaknya aku lupa, aku bukan power rangers berskirt pink berhelmet pink. kadang-kadang aku degil bila tidak mahu berkongsi dengan sapa-sapa. lagaknya macam aku mampu menasihati diri sendiri menggunakan akal minda yang takdela sebrilliant mana.
tapi sudah namanya kudrat seorang manusia. apatah lagi manusia yang selalu disakiti macam aku. nampak kebal, tapi takdela sekebal mana. nampak hepi tapi dalam hati Tuhan je yang tahu. sekali lagi aku gagal. sekali lagi aku kalah dengan medan air mata. walaupun tidak seteruk banjir bulan Disember 2014, tapi aku rasa lelah dengan segala yang datang.
susah jadi orang yang ada deria rasa keenam. goosebumps bertalu-talu. selagi aku tak dapat jawapan atas semua soalan, selagi tu goosebumps tu akan keluar. macam bom jangka. tapi bila dah tau, kapishhhhhhh. its either leaving me alive or dead. yang mana dalam kes sekarang, mayb i was dead. huhuhu...
silapnya aku? aku mudah percaya orang. husnuzzhon kuat sangat. pantang orang buat baik sikit. sekali orang bagi reminder, jangan mudah percaya orang, time tu jela aku ingat. lepas tu lagha balik. salahnya aku? aku mudah biarkan orang kawal diri aku. walaupun dah berkali-kali jatuh atas kesilapan mempercayai manusia. bukan sekali, bukan dua kali. hehe... setiap yang datangnya baik pada aku, aku layan berganda baik, walaupun kat belakang, duri2 mencacak tunggu masa nak tikam aku. sekali lagi aku tertikam, or ditikam maybe, sakitnya Tuhan je yang tahu.
teruskan menipu aku, kalau terasa aku mudah ditipu. sebenarnya tidak.rasa syak ada dalam diri, tapi aku takde basis nak terjah. tapi bila segala yang berselirat dalam kepala dah temui pangkalan jawapan, terima kasih aku ucapkan. jangan datang depan mata aku lagi. mendengar nama pun aku tak sudi. apatah lagi tengok muka. sampai begitu rasa dalam hati, senang je maksudnya. kamu dah mati dalam diri aku. titik.
~saya makcik isha~
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.