Thursday, 23 April 2015

review ~ROH RUMAH SEWA~

hollaaaa! ok, lama gile tak update blog. well, tak leh lama-lama kali ni sebab agak bz. tapi aku dah janji nak bagi review kat penulis novel ni. my next review is to ----- > ROH RUMAH SEWA. ok, penulis novel ni Naim Tamdjis n aku difahamkan ni 1st novel beliau. kategori genre seram barangkal atau beliau dah ada banyak novel sebelum ni, aku pun tak pasti. aku beli novel ni dalam 3 minggu lepas, n dah bertambah satu lagi koleksi novel thriller aku.

secara ringkasnya, novel ni mengisahkan Rafael seorang guru yang dapat penempatan kat sebuah sekolah yang terletak di daerah terpencil. hepen to be, Rafael ni anak orang kaya sebenornye tapi tak nak keje dengan ayah dia. normalla tu kan. Rafael memilih untuk menyewa sebuah rumah yang reka bentuknye agak pelik kerana ada sebuah menara kat situ. dikatakan itu menara digunakan kalau kena serang oleh penjajah. Rafael lagi rela menyewa kat situ dari kena ulang alik jauh2, kalo aku, aku rela ulang alik jauh2 dari kena kacau macam tu. rerupanya, dalam rumah tu ada saka yang kena pasung lebih dari 150 tahun yang lali. Panglima Endai dan Buragas. Pulak tu, Rafael rupanya pewaris saka tersebut tapi dia sendiri tak sedar. Panglima Endai dan Buragas berperanan melindungi Rafael walaupun Rafael tidak pernah memberi sebarang kata putus menerima saka2 tersebut dalam idop dia. Syarat Panglima Endai, untuk memutuskan khidmat mereka, Rafael perlu melakukan upacara putus khadam. Tapi Rafael enggan sebab itu syirik. Nak tau kesudahan novel ni? ha, belile sendiri.


Review aku?


Novel ni walaupun seram, tapi kelakar. especially part masa pontianak kejar Rafael, Mael Keding, Osman, Tok Kasim. Walaupun bab tu sepatutnya seram, tapi aku gelak. hueh hueh hueh. memang kelakar.

Novel ini juge sebenarnya bereksperimentasikan saka. n tanda2 seseorang itu mempunyai saka. Biasala orang zaman dulu kala. zaman purba. saka2 ni biasala zaman dulu.

tapi aku agak frust sebab dalam novel ni, Cempaka iaitu tunang kepada Rafael, meninggal eksiden. Paling frust sebab Rafael secara singkatnya beralih kasih pada Ida dalam masa 2 minggu kalau tak sila aku. huhuhuhu... saudara naim tamdjis, saya sangat kecewa di situ... tapi biasala, namanya novelkan?


Novel ni ok, boleh dibuat koleksi, n saya suka dengan penggunaan bahasa zaman dahulukala. penceritaan yang sangat details. let say, kalau part tu berkaitan bola sepak, gambaran yang diberi sangat details walopon aku tak reti sangat rules bola sepak. tengok je pandaila.


Apa-apa pun, its a good novel, worth buying. out of 5, i give u 4. jumpe lagi in my next review! daaaa


sayamakcikisha



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.