mak aku memang unik. unik apa? unik dari segi pengeksploran makanan. sume benda yang dia tak pernah rasa dia nak try. dan dia akan repeat n repeat banyak kali sampaila dia dapat rasa apa yang dia nak makan tu.
satu hari tu, dia nak rasa buah avocado. series aku tak pernah terpk nak rasa buah tu. macamana nak makan pun aku tak tau. dia pun cakap
"sedapke avocado?"
ha tu dah masuk signal dia nak suh aku beli la tu. tapi dia takkan bagitau abang aku, sebab dia tau abang aku marah kalau dia nak makan benda pelik-pelik. tapi kalau makanan tu memang konfirm dia makan, abang aku tak kisah je. so start dari ari tu, dia dah jadi macam radio tak berlesen
"avocado kalo buat air orang cakap sedap"
"avocado ni orang cakap bagus untuk kesihatan"
"avocado itu..."
"avocado ini..."
sampai satu tahap tu aku tengok dia nak bukak mulut, mesti aku cakap, tu takde lain la tu. konfirm avocado punye. jadi di satu hari tu, aku bawakla dia g tesco. kat kb ni, situla antara tempat shopping yang ada pun. dia punya eksited tu, huiii...
"avocado ada!"
"amekla mak"
"4 bijik boleh?"
"ikut suka makla"
harga bole tahan dowhhh... tapi dah dia nak, amek jela. punyala dia suka dengan avocado dia tu. sampai je umah, bukan main tak sabar nak rasa. dia pun amek satu, g basuh n belah. tibe2
"apesal rasa dia macam ni? memang avocado rasa macam ni ke?"
"idokle pernah orang tau avocado tu rasa macamana."
dia pun makan. tapi sikit-sikit. las-las aku tengok avocado tu tergolek dalam peti ais. usahkan habis sebijik, sebelah pun tak berganjak. aku pun tanya,
"apesal tak makan?"
"avocado tu tak masak. kelat."
amboi... aku pun tak tau avocado tu putik lagi rupanya. yo yo je mak aku. akhirnya, avocado tu selamat jadi makanan kambing. curlasss sangat kau kambinggg.
apa pun, sempena hari ibu semalam, orang amek kesempatan nak ucapkan selamat hari ibu. semoga panjang umur dan murah rezeki. hari hari pun hari ibu, tapi semalam kite anggapla itu hari kepada segala hari ibu. no more avocado plis.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.