Geguritan iki mung pengen kandha
Ing njaba wong sambat ngaluara
Sajake bubar dipulasara, swarane ora cetha
Gremeng-gremeng ing petengan
Cangkeme pecah, awak sakojur abang biru,
Apa kowe ora krungu?
Coba lirihna omongan murti
Apa karepe
Geguritan iki mung awah kabar
Ing njaba bathang bosok pirang-pirang
Apa irungmu ora mambu?
Tok! Tok! Tok!
Sing teka aku kanca
Lawangma ngakna...
Malangnya, anda sudah terbaca bait demi bait puisi ini sehingga habis. Ada sesuatu yang telah anda 'hidupkan' dalam anda tidak sedari. Anda berani, maka teruskan bacaan. Jika tidak, andai dengar bunyi ketukan di pintu, JANGAN BIAR DIA MASUK!
Kali ni aku nak review novel JANGAN BIAR DIA MASUK, tulisan Anuar Darwisy. first of all, aku nak bagi a very bigggggggg applause on him sebab novel ni memang superb.
Kisah ni bermula dengan tiga beradik, Ambarningsih si kakak sulung, Ambarsari si anak tengah dan Ambarwati si anak bongsu. Ketiga-tiga mereka ni walaupun lahir dari rahim yang sama, tapi perwatakan jauh beza. Macam langit dengan bumi. Ambarningsih pengamal ilmu hitam yang tegar, akan tetapi, ada cerita di sebalik amalan ilmu hitam tersebut. Hati Ambarningsih menjadi kering sekering keringnya dan hitam legam. Tidak mahu menerima sebarang nasihat daripada darah dagingnya sendiri. Dia percaya, seluruh penduduk kampung akan berterima kasih dengannya kerana hasil usahanya, kampung mereka akan sentiasa berada dalam aman sejahtera.
Ambarsari pula seorang gadis yang lurus bendul. Dalam bahasa lainnya, bodoh-bodoh alang. Sifat yang keanak-anakan tu hanya mampu difahami oleh adik bongsunya Ambarwati. Ambarsari diserap semangat gamelan, akibat tindakan Ambarsari yang memainkan bonang gamelan peninggalan gemulah mboknya, Anje. Tetapi bonang tersebut mempunyai semangat yang bertindak melindungi diri-diri yang menjadi kesayangan semangat tersebut.
Ambarwati pula seorang gadis yang warak dan patuh pada perintah ALLAH. sering cuba menasihati Ningsih untuk kembali ke pangkal jalan, tetapi tidak dipedulikan oleh Ningsih.
Cerita bermula, apabila jembalang laut tidak mahu menerima acak-acak korban yang disediakan oleh Ningsih. Jembalang Laut tersebut mahukan korban darah dara sunti sekiranya mahu kampung tersebut selamat dan nelayan boleh mencari rezeki tanpa gangguan. Seluruh penduduk kampung menentang. Hanya Lanang yang setia di sisi Ningsih. Tetapi Lanang tidak sedar, dirinya hanya dijadikan kambing hitam oleh Ningsih. Lanang bertukar menjadi wong menyak. Orang minyak. Lanang membuat onar seperti arahan Ningsih dan memperkosa serta membunuh setiap dara sunti. Tetapi Lanang gagal membuat onar terhadap Muliati. Keadaan bertambah teruk bila Ningsih memutuskan talian persaudaraan dengan Sari dan Wati. Seterusnya, Sari dan Wati turut berada dalam senarai korban seterusnya.
Cerita beralih ke zaman sekarang, Defi, Maya, Suraya, Laila dan Rafidah bersahabat baik dan merancang bercuti ke kampung Defi di Bachok. Maya cuba dihalang oleh Mariam, ibunya. Ada rahsia yang disembunyikan oleh Mariam. Mariam meminta bantuan Wadi yang seterusnya mengarahkan Haris untuk mengekori mereka berlima. Nek Sirih tidak menyambut baik kedatangan mereka ke situ dan cuba menghalau mereka pulang terutama sekali Maya. Sikap Lutfi yang aneh. Keadaan menjadi kelam kabut bila Laila menjadi korban wong menyak.
Siapa Haris? Apa kaitan Maya, Defi, Suraya dengan Ambarningsih, Ambarsari dan Ambarwati? Kenapa kedatangan mereka tidak disukai oleh Nek Sirih? Siapa Wadi? Apa niat Lutfi? Siapa lagi yang bakal menjadi mangsa selepas Laila? Kenapa keturunan itu masih wujud selepas beratur-ratus tahun? Apa rahsia yang disimpan oleh Mariam?
Semua ada dalam novel ini. Satu garapan yang sangat bagus. Sturktur ayat yang padat berisi. Setiap bab ada isi yang akan membuatkan pembaca yang menghayati akan tekun menghadap sampai ke titik noktah akhir. Tak rugi beli novel ni. Sangat berbaloi. Untuk novel ini, saya bagi 5 bintang! Dapatkan satu untuk koleksi peribadi korang! bye!
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.