Wednesday, 24 December 2014

banjir 2014

subhanallah subhanallah subhanallah...


rasa takut je sepanjang musim banjir ni. banjir ni macam permainan heart attack yang mana kita semua kena berjaga-jaga dengan paras air yang tetiba naik mendadak. aku pindah kat kelantan ni masa tahun 1996 gitu. tahun 2004 tetiba kelantan kena banjir besar. umah aku masa tu tenggelam sampai paras tingkap. itu merupakan antara banjir yang besar kata arwah nenek aku. terpaksala kami berkampung kat umah arwah nenek aku tak silap aku dalam 4-5 hari jugakla. antara banjir palingggg buruk, tahun 1926, bah merah. kalo ikut kata orang2 tua, asal nama bah merah tu, sebab masa banjir tu, air yang kaler macam teh susu tu bertukar jadi merah. derang cakap, dipercayai jadi merah sebab bukit yang runtuh kat gua musang. masa tu, kawasan yang tak pernah naik air pun, naik air sampai lutut. kat jalan hamzah. satu kb tenggelam masa tu. tu la banjir paling buruk. lepas tu ada lagi, dalam tahun 60-an.


tahun ni, banjir nampak lain macam je.walaupun tempat aku setakat ni masih ok, (ok ke???) tapi, aku rasa sedih bila pk tempat lain yang terjejas teruk. kawan aku pun kena sama. haryaniiiiiiiiiiiiiiiiii!!!kontek kak su bila dah surut!!! mana kauuuu... las wasap haryani, "kak su, kalau saya tak reply, bateri hp saya habis tau. ni je yang tinggal" lepas tu, haryani dah tak dapat dikesan. apa-apa pun aku doakan haryani n satu famili n sumeeeeeeeeeee yang terlibat dengan banjir ni sume selamat. amin amin amin!


ari ni plak, adik ipar aku cakap, kelantan dah diisytihar darurat. xboleh keluar. jalan nak keluar dari kelantan dah putus. kata loyer kb tadi, metro dah sahkan jalan g kl ikut gua musang dah terputus. huuu... takotnya... aku amek kesempatan balik umah jap tadi. paras sungai baung dah naik. yang tak leh blah, ada budak duk mandi air sungai...what the fish korang... air tengah pasang tuuuu...adoi....


apa-apa pun mak aku pesan, sebelum balik umah petang ni, kol dulu.nak cek boleh masuk ke tak ari ni. korangggg doakanla air stop naik, hujan berenti, banjir surut. huuu....



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.