muda mudi zaman sekarang, kalau bercinte mesti start keluarkan statement kurang waras. seperti contohnya, dia memahami diri aku sangat2. aku kekadang terasa merasakan, statement ini selayaknya diphui sebanyak juta2 lemon punya das.kekadang juga kita merasakan orang luar, seperti kawan, bff la sangat yang memahami kita. ini juga statement berbentuk khurafat yang boleh memesongkan otak. tapi alhamdulillah, aku ada barisan bff yang memang sangat memahami aku. pendek kata derang macam mak aku no 2.
mak aku unik orangnya. kenapa unik? botakke? haip! mak aku cantik! macam cina. aku je yang macam ni. jangan tanya kenapa sebab aku pun xtau. arwah nenek aku cakap, masa mak aku muda, berderet jejakaS masuk minang. belum lagi yang anta surat layang. kiranya mereka bernaseb baik sebab arwah atuk aku bute huruf orangnya. kalau x, konfirm kena ligan dengan parang. mak aku dengan aku tak pernah bertekak ke??? sape cakap tak pernah? mestilah pernah. selalunya bila aku tak setuju dengan arahan dia. time tu aku akan membangkang tahap hitler. kesudahannya pok pek pok pek. dua2 tak bercakap. tapi namapun mak. mestila baik balik lepas tu.
aku tulis entri ni khas untuk mak aku. yang dah bertarung nyawa melahirkan aku. mak aku cakap, masa dia nak deliver kat aku, dia tumpah darah 3 kali. masa tu doktor cakap, harapan mak aku selamat 50-50 sebab mak aku dah hilang banyak darah. walopon aku buat muka kodok masa mak aku cerita, tapi rasa ngeri tu ada. biasalah. akukan pandai cover perasaan. chaih. walopon mak aku tak tau aku ada blog, walaupun mak aku tak tau aku suka menulis, sebab yang dia tau aku suka nyanyi n joget je, aku tetap nak tulis ni untuk mak aku.
mak aku semestinya insan yang sangat memahami aku. kenapa aku cakap macam tu? sebab aku dengar mak aku mengumpat pasal aku dengan sahabat handai dia. ahli jawatankuasa mesyuarat tangga cawangan pengkalan chepa. secara jujurnya aku pun tak perasan itulah habit aku. huhuhu. sebab tu aku cakap, mak aku insan yang sangat memahami aku : -
1) nak tau dia marah senang je. kau tengok muka dia. kalau cite kelakar pun dia tak gelak, kau tegur pun dia buat tak tau. dia tak jawab pun soalan kau. dia tengok kau pun dia pusing tengok benda lain, tu maksudnya dia marahla tu.
2) kalau dia marah, kau jangan paksa dia cakap. dia akan cakap sendiri kalau dia dah ok. tapi kalau dia tak ungkit cite tu, kau jangan rajin2 nak ungkit. binasala kau nanti.
3) dia jarang nak luah kalau dia marah kat kau. sebab dia simpan dalam hati. tapi kalau dia dah start keluarkan apa yang buat dia marah, padanla dengan muka kau.
4) kalau dia marah, kau tak payahla nak hantar bunga ke apa kat dia. aku takut dia baling bunga tu kat muka kau. biarkan dia sejuk sendiri.
5) selalunya dia ni kalau sedih sangat, suka nanges sorang2. aku taula dia nanges sebab dia kalo nanges, tengah malam baru keluar bilik sebab takut orang tengok mata bengkak.
6) dia jenis dendam. sekali kau buat dia, dia sabar lagi. tapi kalau dah sampai 10 kali sampai mati dia ingat. siapla kau lepas tu.
6) aku taula perangai dia sebab dia anak aku. sapa yang buat dia, macam buat aku jugak. sume anak-anak aku.
jadi, jangan suka2 nak push aku kalau aku tiba2 diam. aku takkan teragak2 untuk keluarkan ayat yang mungkin orang tak suka nak dengar. aku rasa lagi seronok lone ranger dari ada kawan yang pandai amek kesempatan atas kawan semata-mata. plus, kalau buat salah tu mengaku jelah. tak perlu belit sana belit sini. heh. aku pun law degree holder juge. kehkehkeh. apa pun, mak aku lagi kenal aku siapa. sama jugak dengan mak korang. mak korang mesti tau korang siapa. well, dun touch me if u dun want to get hurt. daa!
~saya makcik isha~
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.