Wednesday, 24 December 2014

banjir 2014

subhanallah subhanallah subhanallah...


rasa takut je sepanjang musim banjir ni. banjir ni macam permainan heart attack yang mana kita semua kena berjaga-jaga dengan paras air yang tetiba naik mendadak. aku pindah kat kelantan ni masa tahun 1996 gitu. tahun 2004 tetiba kelantan kena banjir besar. umah aku masa tu tenggelam sampai paras tingkap. itu merupakan antara banjir yang besar kata arwah nenek aku. terpaksala kami berkampung kat umah arwah nenek aku tak silap aku dalam 4-5 hari jugakla. antara banjir palingggg buruk, tahun 1926, bah merah. kalo ikut kata orang2 tua, asal nama bah merah tu, sebab masa banjir tu, air yang kaler macam teh susu tu bertukar jadi merah. derang cakap, dipercayai jadi merah sebab bukit yang runtuh kat gua musang. masa tu, kawasan yang tak pernah naik air pun, naik air sampai lutut. kat jalan hamzah. satu kb tenggelam masa tu. tu la banjir paling buruk. lepas tu ada lagi, dalam tahun 60-an.


tahun ni, banjir nampak lain macam je.walaupun tempat aku setakat ni masih ok, (ok ke???) tapi, aku rasa sedih bila pk tempat lain yang terjejas teruk. kawan aku pun kena sama. haryaniiiiiiiiiiiiiiiiii!!!kontek kak su bila dah surut!!! mana kauuuu... las wasap haryani, "kak su, kalau saya tak reply, bateri hp saya habis tau. ni je yang tinggal" lepas tu, haryani dah tak dapat dikesan. apa-apa pun aku doakan haryani n satu famili n sumeeeeeeeeeee yang terlibat dengan banjir ni sume selamat. amin amin amin!


ari ni plak, adik ipar aku cakap, kelantan dah diisytihar darurat. xboleh keluar. jalan nak keluar dari kelantan dah putus. kata loyer kb tadi, metro dah sahkan jalan g kl ikut gua musang dah terputus. huuu... takotnya... aku amek kesempatan balik umah jap tadi. paras sungai baung dah naik. yang tak leh blah, ada budak duk mandi air sungai...what the fish korang... air tengah pasang tuuuu...adoi....


apa-apa pun mak aku pesan, sebelum balik umah petang ni, kol dulu.nak cek boleh masuk ke tak ari ni. korangggg doakanla air stop naik, hujan berenti, banjir surut. huuu....



Thursday, 18 December 2014

banjir banjir!

whewww...hujan turun lebat tak berenti2 since yesterday. memang terukle tahap lebatnye sampai tak nampak jalan. aku memang serender dari memegang stereng kalo dah sampai tahap macam tu. n seperti biasa, walopon hujan, kampung aku mesti banjir. yang aku pelik tu, katenye dah buat pembaikpulihan watevola. tapi asal hujan sikit je, mesti banjir. tak pepasai aku stuck dalam banjir. sib bek enjin kete tak meninggal dunia time tu. dahle gelap. sorang plak tu. tepon habis bateri. memang thorbaekkkk kate boboy boy.


hari ni plak aku ada miting. dah berbelah bagi. nak g ke idok. konfirmla jemmm. kalau dah jem, parking tu kire macam ur luck la kalo dapat. tapi nak wat cane. siap jela nak gi miting. elok dah siap, tetiba dapat call, "miting kensel" yeayyy!!! hepinya aku tahap armageddon.so aku pun selfie. eh ada kaitanke? watevo watevo watevooo.


start aku drive sampaila aku sampai opis, ujan memang tak berenti. dengan lebat gile. aku dah ketor2 dah. kalau rupa ini, jikalau miting jadi pun aku sendiri yang akan membatalkannya. jangan harapla aku nak g meredah hujan lebat gile macam tu. sempena hujan ni jugak, cepat je nasik habis. kesian aku. terpaksa berpura-pura diet dengan hanya menghadap rezeki berupa sandwich dengan neskape beng. laparnyaaaaaaaaa!!!tolonggg!!!


sempena banjir ni, janganla gatei nak main banjir. kalau xde apa2 okla. kalau tetiba nyawa melayang, sape nak jawab. ni bukan banjir manja-manja dah ni. ni dah tahap teruk punya banjir. dari main banjir, lagila afdhal kalau rebus ubi kayu cicah sambal ikan bilis. sedap pun sedap. jangan lupa bagi aku sikit. bye byeee!


~sayamakcikisha~

Tuesday, 16 December 2014

aku - masyi - bukit tinggi

las month aku g kl. nak amek budak sumo. alang2 dah turun sana, aku kontek masyi sebab masa aku g bulan 9 ari tu, x sempat jumpa. kiterang gile excited nak jumpe. maklumlah, dah nak masuk 2 tahun x jumpe. las jumpe tahun 2012. masa tu sume comot2 lagi. haha!macamla skrg dah diva kebabommm. masyi amek half day n aku turun g klang. dah lama kot tak naik lrt sorang2. dulu penahla.selalu je plak tu. las aku g dengan arwah c.zom, kiterang separate kat klcc sebab aku nak heading to putrajaya. mana aku tau masa tu lrt dah pakai token. sila jangan imagine apa aku buat dengan token tu. -,-'


aku naik komuter g klang. bapak lamelaaa... sakit pinggang aku.sampai klang, aku tunggu masyi. tetiba datangla anjing ni. amboi... besarnya. yang aku pelik tu, orang lain dia tak kacau plak. eh aku sama sekali tak penah cakap aku sokong kempen marilah berpegangan bersentuhan bersama anjingS ok. jadi jangan cuba2 nak dekat dengan aku. kejap aku lari sana kejap aku lari sini. lambat gile masyiii. dah banyak kali aku wasap dia, dari ayat sweet ---> "awak kat mana awak awak kat mana" sampai tukar jadi "oiii!!!mana ko???"akhernya masyi sampaiii. aku rasa macam nak lompat bintanggg je!

kiterang g merendek kat bukit tinggi. katenye jj yang paling besor kat seantero ni. ye kot. agenda pertama, nak makan. errr... boleh tak bawak aku makan benda yang takde kat kb ni? "suzen, nak makan mekdi?" "agak2laaaa. kat kb bersepah mekdi kottt"pastu dia cakap KRR? kb ada. MANHATTAN. xmo. AYAMAS. xsedap. "ko nak apa suzennnnn" "entoh" sambil buat muka tak berdosa. sekali aku nampak ada restoran grill. waaaaaaaaaaaa dapnyewwww. "haaa tu???" sekali masyi tarik aku. "oiii ko x nampak ke tu" "ape???' "tu menatang tuuu. krohh krohhh" "apebende ko neh? apa yang kroh kroh???" "ko tengok tuuuuuu" aku pun tengok. oyemjiiii. ada cadburry. so kensel on da dot! las2 makanla kenny. macam kb xde kenny je ghopernyerrr. so kiterang makan sambil berborak yang lebih kepada agenda mengumpat. hahaha! eh xdela. xde mase. lama x jumpa, of kos banyak benda nak cakap.


pastu aku cakap aku nak karok. dah lama kot aku nak karok. masyi dah siap survey green box before aku sampai lagi. elok2 je sampai, amboiii... full house kot...ramainye makhluk yang menyumbangkan suare. bagila can kat aku. jauh kot aku datang. tsk tsk tsk... so amoi tu tanya " u mau tungguka. kasi book dulula" okla, book. pkl 4 datang balik. sekali amoi tu cakap, " pukul 4 - 7 ya." "amboiii lamanyeee" "kejap kejap je pun xpe suzen" haaa... tu ayat kekonon lamakan? bila tengok jam "astaghfirullahhhh masyiii dah 6.30!!!x solat asar lagiii" maka bertempiaranla kami lari mencari surau. ketika itu jaga adalah sahabat handai yang wasap aku "ko tengah karok eh? ooo jadi ko la yang menyumbang kepada hujan lebat gile kat putrajaya ni???' amboiiii... hitler sangat ayat koranggg wkwkwkwkwk!!!


lepas tu kami makan lagi dengan jayanya. kali ni tanpa aku sedor, aku tertekan button record kat hp aku. tidakle aku nak mengabadikan pertemuan kami dalam bentuk vocal. ko tau masyi, sejam lebih kot rekod tu berlangsung. habes sume benda kita cakap ada dalam tu.

aku: ko tau ******* macam bapuk.
masyi: eh aku minat dia tauuuu
aku: ko ni rabun ke bute? dia tu macam bapuk kottt
masyi: ko tau ********* kuajaq.
aku: alah dia tu bukan ******* punnnn. poyo je lebihh


dan banyak lagiii. ni kan masyi, kalau hp aku jatuh ke apake, memang masakla kiteeee. takpe. nanti aku delete!hahahahaha!yang aku tak leh blah, "masyi aku nampak cane???" "aku nampak ko tinggi sekarang" "ape maksud ko? adakah aku ketot sebelum ni???" "taklaaaa. ko kan dah kurus gile kot. ko zumba sikit lagi!pastu pakai jeans high cut" adoiiii...apapun, aku enjoy our moment. seperti yang kita plan, nexyear uss inshaaALLAH! see u again masyi!!!



 ~sayamakcikisha~

Datang Pada Waktunya ~review~

u r looking for a true love? will u still love him/ her if u know dat she/ he is not exist? she/ he is only a soul? an imagination? n u maybe her/ his next victim? will u be in tears if u know dat u r only being tested? n if u failed, u will disappear or die? tis is my next review.


seperti biasa, aku tetap pilih novel by Maria Kajiwa. Kali ni, naskah Datang Pada Waktunya. Aku dah baca banyak kali, dan setiap kali baca, tiap kali tu la aku 'banjir'. Orang yang anda cinta sebenarnya dah mati. datang hanya untuk menguji. pulak tu, hero dalam cite ni, Edri tak pernah jatuh cinta. Novel ni berkisah tentang pembinaan sebuah jambatan di sebuah kampung. Yang menjadi misteri, setiap pegawai kerajaan yang dihantar kat situ akan hilang tanpa dapat dikesan. Sampaila giliran Edri, yang mana dia diugut dengan tindakan akan dipecat sekiranya dia tak nak pergi uruskan untuk dapatkan persetujuan semua penduduk kampung bagi memastikan jambatan tersebut dapat dibina. Malang bagi Edri, sebab ketua dia ni tak bagitau apa yang dah jadi dengan pegawai2 sebelum ni yang pergi uruskan hal tu. Dah tu, siap kena ugut untuk dipecat kalau dia xnak buat. Maka, Edri xde pilihan, dia pilih untuk pergi. Nasib baik ada kawan dia, Adam yang teman.


Kisah bermula bila Edri dan Adam termasuk kat kawasan 'hitam' tu yang menyebabkan derang termasuk ke dunia era 60an. Berjumpa dengan 2 orang gadis kampung, Saleha dan Murni. Sepanjang Edri dan Adam kat kampung tu, derang asyik kena serang dengan tujahan balingan batu dari salah seorang pegawai yang berjaya melarikan diri, tapi terpaksa bersembunyi di dalam sebuah masjid lama yang jauhhhh dalam hutan.tujuan pegawai tu hanya untuk menyelamatkan derang, tapi derang x faham. hinggalah satu ketika, Edri jatuh cinta dengan Saleha. Walaupun suasana sangat pelik sebab semua sangat ortodox sebab keadaan kampung tu sangat mundur (yela, tahun 60 an kot) tapi itu tak menghalang Edri dari terus menanam hasrat nak pinang Saleha. Bagi Adam, Edri macam xde taste. Adam sifatkan Saleha gadis kampung yang budus, sebab perkataan OK pun Saleha tak faham maksudnya. tapi bagi Edri, asal Saleha pandai jaga makan pakai dia, itu lebih dari cukup. Masa tu Edri rasa dia dah ada teman hidup sampai mati. Jiwa pun bunga-bunga. Biasala, kalau ada protagonis, harusla ada antagonis. Antagonis cite ni, si Hassan yang memang nak gile2 kat Saleha. So banyak kalila dia cari pasal dengan Edri.  Las sekali, Edri berjaya dapatkan persetujuan semua penduduk kampung untuk bina jambatan. Masa ni, pegawai yang duk baling batu kat Edri berjaya tarik Edri untuk kejar dia sampai dalam masjid kat dalam hutan tu. Hanya kat situ je yang penduduk kampung tak berani masuk. Sampai kat situ, pecahlah rahsia. Edri pengsan. Masa pengsan tu, dia nampak Saleha kejar sorang lelaki nama Rahman menuju ke satu sungai. Saleha nangis2 n merayu2 laki tu supaya tidak tinggalkan dia. Nak2 lagi, Saleha cakap "aku sekuntum mawar yang sudah pudar warnanya" (paham2 sendirila). Rahman dengan takde hati perut cakap dia tak pernah sayangkan Saleha. yang dia nak cuma pastikan jambatan tu terbina. Saleha terjun dalam sungai sebab nak kejar Rahman. Masa tu hujan ribut, n satu kampung kejar derang. zaman dulukan kalo ada onar, memang siapla. habisla kau. lebih kurang gitu. Saleha berjaya diselamatkan, tapi Saleha meninggal. Sebelum meninggal, Saleha bersumpah orang yang datang bina jambatan kat situ takkan selamat. Masa tu Edri rasa sangatttttt sedih. Dia ingatkan dia dah ada penyeri hidup, tapi rupanya dia masih seorang Edri yang hidup berseorangan. Time ni memang aku pun rasa sedih untuk Edri. Pegawai tu bagitau, dia terlanjur dengan Saleha. Dia takde pilihan lain, dia terpaksa sembunyi kat masjid daripada terjun dalam sungai. Dipendekkan cerita, Edri cari jalan macamana nak lepaskan diri dari kawasan sumpahan tu. n dia bertindakmacam tak tau apa2. berhadapan dengan penduduk kampung yang sebenarnya hantu. Masa tu Hassan nak tunjuk hero sebab ada orang bagitau dia, Edri buat benda tak baik dengan Saleha. Tapi dia salah info. So keadaan kecoh, n dia berjaya tangkap Edri n Adam. Edri sedar, masa tu dia kena buat sesuatu supaya cerita tak sama dengan pegawai2 yang lain. dia tak pilih untuk terjun sungai, sebab pegawai yang dia jumpa dah pesan, jangan ikut sungai. Kalau ikut sungai, Edri mungkin mati sebab masa tu air sungai tengah pasang.

Lepas tu terbongkarla, bukan Edri yang bermukah dengan Saleha, tapi Adam dengan Murni. Masa tu, Saleha dah makan penampar beberapa das dengan bapak dia. Bapak dia ketua kampung kat situ. tak pasal2. masa tu Edri rasa kecewaaaa sangat dengan Adam. kasanova, biasalaaa. Edri tau cerita dah 100% tukar. so dia cari jalan nak selamatkan derang. tapi Adam ni, x sabar. sudahla kasanova, budus pule. Edri suruh Adam kawen dengan Murni. Adam ingatkan Edri nak selamatkan diri sendiri. So dia pun maki2 Edri. tapi sebenarnya, Edri bertindak untuk mengahwini Saleha. baru betul kawan sejati. u jump i jump. Akhirnya, sumpahan tu berjaya dihapuskan. Edri n Adam selamat, n jambatan tersebut berjaya dibina. Tapi hati Edri retak seribu. Hati dia jadi galau. Saleha cinta pertama dia. Tapi kalau dah sampai masa, inshaaALLAH akan ada. sebab tu kot tajuk dia Datang Pada Waktunya. Memang sedih ending dia, tapi aku tak reti nak buat orang sedih dengan ayat aku. huhuhu...


Dalam novel ni, Edri digambarkan sebagai seorang lelaki yang tak ensem. Tapi berbudi bahasa. tinggi adab sopan walaupun dibesarkan di bandar. Bukan kaki perempuan, tapi sangat workaholic. Jujur dengan kerja dia, dan tak mempermainkan hati perempuan. Dia memang sangat sayangkan Saleha. Bagi aku, aku suka karakter Edri. Walaupun dia tak ensem, tapi budi bahasa dia menutup semua benda tu. Lagipun, rupa paras x kekal. bila tua, kerepot jua adanya. Novel ni banyak ajar aku erti jujur, amanah, hormat menghormati, sabar. Kat sini jugak aku tau kewujudan kuih lemang tepung n aku teringinnnn sangat nak rasa. XD.


Aku bagi 5 bintang untuk novel ni. Naskah yang tak jemu untuk dibaca walaupun dah banyak kali aku repeat baca. Untuk yang belum baca, bacala. tak rugi pun. Selamat masuk ke alam misteri zaman 60an~



~sayamakcikisha~

Monday, 15 December 2014

hepi belated birthday isha!

14.12.2014, isha's 1st birthday. budak sumo dah cukup setahun. dari besar tapak tangan, dah besar paha. my 1st anak sedara. secara otomatik, aku dapat title che ngoh. lagila aku awkward. after a loooooonggggg time xde suara budak kat umah aku, tahun lepas, kembali ada. mula2 rasa awkward sebab dah lama takde baby. tapi as time goes by, aku jadi biasa. in fact, isha ajar aku banyakkk benda. antaranya, how to handle a premature baby.


tapi ramai yang selalu misunderstood. kata derang yang xkenal aku, tu anak aku. hahaha!ok, gelak di situ. isha punya peel senang je. dia tak kesah pasal orang, n suka makan. oh not forget to mention, dia garang. marahla macamana pun, dia tak nanges. dia akan tengok je n buat tak tau. feveret food dia yang aku perasan sepanjang jaga dia almost 3 weeks, dia suka kek n bihun. aku pernah testing dia dengan bihun n durian crepe, memang tak pandang langsung durian crepe tu.


isha sangat sangat sangat berat. aku serender. series. aku bawak g tesco. bajet nak shopping. tapi balik umah tangan kosong. acaner nak shopping? kat tangan aku ada 'kampit beras' seberat 10kg. tapi dia tak buat perangai kat tempat awam. sangat behave. bawah g besday bash pun dia ok. sebab ada kek. kahkahkah!!!


to isha, one day bila isha dah boleh baca, isha boleh baca blog che ngoh. inshaaALLAH kalau panjang umur, tiap2 tahun che ngoh wish isha kat sini. che ngoh sayang isha banyak-banyak. semoga isha sihat, panjang umur, murah rezeki, jadi anak yang pandai berbakti, dan jangan makan over limit. hepi besday isha damia!



~sayamakcikisha~

the new pace 1st entry PUJA~

assalamualaikum!selamat tengahari!hola!

tis is my new pace. series x leh duk sehari kalau x menulis. habis sume benda aku conteng. jadi sebelum aku conteng lagi, aku bukakla tempat khas untuk aku menconteng. well, aku memang suka menulis. so aku akan menulis bila aku rasa aku nak menulis. sekarang ni aku tengah ada mood nak menulis, maka bertabahlah korang baca. kalo korang nak bacala. haha!

ok, seperti dalam blog aku sebelum ni, mostly aku tulis pasal apa yang aku buat, buku apa aku baca, kat mana aku berjalan, apa aku makan. soooo the list will be the same. aku tak nak buat blog aku jadi medan tempat aku nak maki hamun. mak aku cakap dosa maki orang. so, sebagai seorang yang dibesarkan dengan adab sopan, harusla perkataan berlapik.

ok, apa benda yang aku nak tulis untuk entry ni? my 1st entry. hmmm... aku beli novel. hari tu aku rasa boooosannnnnn sesangat. tetiba aku rasa nak membaca. so aku pun g la kat kedai buku dekat dengan umah aku. seperti biasa, novel aku harusla yang thriller. aku pun masukla kedai tu. 1st book yang tarik perhatian aku, PUJA by Maria Kajiwa. ok, aku memang peminat Maria Kajiwa. almost novel yang aku baca, memang x menghampakan. so, x cakap banyak, aku rembat satu. so this is my review.



novel ni berkisah pada penceritaan yang bermula 400 tahun yang lalu, kisah yang bermula apabila 7 bersaudara lelaki lari dari tempat tinggal derang, n mencari satu penempatan yang baru. derang jumpa satu kawasan yang sangat sesuai, tapi derang tak sedar tempat tu berpenunggu. salah seorang dari 7 bersaudara tu tau tempat tu berpenunggu dan menuntut 3 korban untuk memastikan keadaan mereka terjaga tanpa ada gangguan. sehinggalah salah seorang daripada mereka hilang tapi takde sapa tahu mana dia pegi kecuali Alang, yang kebetulan ternampak Waki tengah puja mayat Garang n 2 orang anak Garang kat dalam satu gua. Kepala derang kena penggal n dipacakkan pada lembing, manakala bahagian badan dicampak masuk ke dalam sebuah lubang untuk jadi makanan puaka tersebut. Perjanjian dengan puaka dah dimeterai. Alang sangat menentang tindakan Waki, tapi Alang seorang yang sangat menyimpan rahsia. walaupun Alang n Waki dah tak sependapat, tapi Alang tak pecahkan rahsia Waki, sampailah satu tahap, Waki meninggal n semua penduduk tak percaya cerita Alang. pendek kata, too late nak bagitau cite sebenar tentang kehilangan Garang.

cite ni terus lompat ke tahun 2014, yang mana, seorang lelaki bernama Jimmy, iaitu gangster kat KL terpanggil untuk balik ke kampung lepas 15 tahun melarikan diri dari kampung sebab merajuk dengan ayah dia. tu pun sebab dia tau ayah dia dah meninggal. Jimmy ni sebenarnya keturunan Alang. Sebenarnya, ada cabaran besar tunggu dia kat kampung, sebab keluarga dia, adalah sasaran seterusnya untuk dijadikan korban kepada puaka tersebut yang menuntut korban bagi perlantikan ketua kampung yang baru. ketua kampung yang dilantik selalunya akan dilimpahi dengan kekayaan yang tak munasabah. sebab tu bapak sedara bakal ketua kampung yang baru ni excited sangat bila anak sedara dia terpilih sebagai ketua kampung yang baru. tapi dia tak sedar, dengan terlantiknya anak sedara dia, 3 nyawa melayang. bagi dia, orang kampung sume jeles dengan anak sedara dia. what the fish sangat.satu kampung kena kacau dengan puaka tersebut, yang mana derang kena kacau dengan gangguan jelmaan lelaki tidak berwajah, yang wajah dia penuh dengan ulat2 n nanah, n jugak jelmaan korban2 yang lepas, takde kepala n berjalan merayau2 keliling kampung. Keadaaan makin teruk, jelmaan lelaki tak berwajah tu muncul tak kira masa, bila hari perlantikan ketua kampung semakin dekat. Jimmy susah nak terima hakikat tentang perkara tu, dan cuba nak bawak keluarga dia keluar dari situ. tapi adik jimmy tak setuju. bagi dia, sebagai anak jantan, dia akan lawan puaka tu. jimmy las2 akur, n setuju untuk lawan puaka tu, tapi keadaan makin teruk bila mak dengan adik perempuan jimmy kena culik. tapi upacara pemujaan tak dapat dijalankan selagi tak cukup 3 orang, sebab derang gagal culik johan. tetiba, johan berjaya diculik, haaa time ni memang konflik. nak tau derang selamatke tak? apa jadi dengan keluarga jimmy? bacala sendiri.


out of 5 stars, aku bagi 4 1/2. aku pulun baca satu malam sampai habis. pukul 3 pagi baru tido. zaman sekarang pun ada jugak perjanjian 'puaka'. iaitu pinjaman dengan pihak bank. yang mana, pengorbanan berbentuk wang diperlukan tetiap bulan. kalo tak bayor, see u in court. wawawa! okla korang, nak sambung keje. masa rehat dah habis. jumpa lagi next entry! tata!


~sayamakcikisha~